Saturday, January 23, 2016

dulu dan sekarang

Bismillahirahmanirrahim


menjenguk sisi sisi 'pertahanan diri'
pada suatu yang pernah;-

tidak pernah melumpuhkan,
bahkan sentiasa menguatkan.

semoga Engkau terus bersimpati terhadap aku, Tuhan!
menjaga setiap langkah dan memimpin gerak geri tindakan.


23 Januari 2016

Wednesday, January 28, 2015

tenangnya hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Tuhan,
harapku dan syukurku
yang terdahulu atas tenangnya hati--
Pada lebih dan kurangnya akan setiap sesuatu.

dan tetap kumohon,
agar Kau tenangkan aku
pada setiap tingkah dan lakuku
dalam menerima--
setiap titik dari titik-titik takdirMu.

Sunday, December 28, 2014

cinta yang sentiasa ada

Bismillahirrahmanirrahim


Kerana apa yang lagi istimewa selain bila bangun pagi, kita masih direzekikan cintaNya untuk terus jalani hari. Kerana apa yang lagi istimewa selain bila bangun pagi kita masih bisa merasai kasih dan sayangnya seorang ibu dan seorang ayah. Kerana apa yang lagi istimewa bila bangun pagi masih kita direzekikan untuk merasai hangat lembutnya layanan manusia-manusia cantik yang datang silih berganti untuk terus mewarnai hari.

Tuhan, moga Kau jagakan mereka pada setiap langkah yang dijalani

dan Selamat Hari Lahir ke-22 Ridwana (: terus tinggi hati dan budi ya!



Pada setiap detak-detak hati yang ingin disaksi-- 
Allah, mohon Kau ketemukan kami kembali di syurga abadi,
suatu hari nanti.

Sunday, November 30, 2014

random kali ke *entah

Bismillahirrahmanirrahim

Setidak-tidaknya kita harus percaya,
bahawa pertemuan aneh ini,
sampai masa--
akan membawa saat, dimana
buku kau dan buku aku boleh dibaca diam
tanpa perlu diminta pinjam.

06:22PM 30 Nov 2014

Sunday, November 2, 2014

rahsia sebuah cipta

Bismillahirrahmanirahim


Mungkin seperti setiap sesuatu yang tak terperasankan--
ia masih dicipta Tuhan, wujud bukan untuk merumit,
bahkan menyenangkan.

kerana yang pertama-nya,

"Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak dimuka 
bumi melainkan Allah jualah yang mengusainya." Hud:56

Dan sepertinya kisah ini menceritakan cerita,
tentang yang kita pungut diakhirnya akan setiap sesuatu,--
masih tetap menjadi rahsia Tuhan
sampai nanti kita sendiri dapat mengerti,
sampai nanti kita sendiri mampu untuk memahami.


Thursday, August 14, 2014

titik titik

bismillahirrahmanirrahim

kerana kisah antara kita tetap--
terjadi atas titik titik takdir
yang tak mampu kita lawan.


suka atau terima--
itu pilihan yang ada.



-----------------------


titik itu sampai waktu--
tanpa kau tahu
adalah antara titik-titik takdir
yang paling kau kagumi dalam diam
tanpa sebab yang dalam

hanya kerana--

Monday, July 21, 2014

bahasa

bismillahirrahim.



selalu;-
tidak akan pernah sama 'bahasa' yang  diluahkan pada manusia,
dengan bahasa yang kau luahkan pada Tuhan saban hari.

kerana magisnya,
berbahasa dengan Dialah membawa kau berbicara dengan jujur-
yang paling. 
dan selalunya,
berbahasa dengan Dialah membuatkan kau mengaduh dengan rasa-
yang paling,
akan ketawa airmatamu juga akan janji dan harapanmu.

"Allah, terus pegang aku, tidak lepas."
23 Ramadhan 1434H