Saturday, March 3, 2012

Bersahabat

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku pandang 'bersahabat' itu sebagai satu perkara yang besar.

Bukan sekadar untuk suka dan duka didunia sahaja.Bukan juga sekadar yang mengucapkan Hi dan Bye pada masa yang sama tanpa rasa.Bukan.

Aku mahu kita bersahabat kerana Dia kerana aku mahu bersama kamu disana,bertemu dengan gembira disyurga.Walau,mungkin tidak mampu untuk aku bersama kamu kerana kamu sinar,sinar yang terang,menenangkan.

Ya,kamu kamu yang aku maksudkan.Kamu tahu :)

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib;
Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain,kecuali orang-orang yang persahabatannya
berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)"

[Az-Zukhruf:67]
______
*Sungguh,saya tidak memandang berkawan mahupun bersahabat satu perkara yang merugikan.Malah kamu,kamu dan kamu melengkapkan kehidupan :)

No comments: