Thursday, May 10, 2012

yang 'dalam' itu

bismillahirrahirrahmanirrahim.


sakit *

Begitu ceritanya.
Pahit yang ada itu,harus dia telan.

dan waktu.
dia buntu waktu.
kerana kini dia tahu,
yang 'dalam' perlu masa untuk sendiri,
biar dia kembali mengenal diri.

*******

"Allah .. "

Hari itu, fikiran membawa diri jauh entah kemana tapi kerana biasa, kaki menurut langkah, memanjat terus tangga tinggi itu. Getus hatinya memaksa dia mempercepatkan langkah bahawa dia harus segera sampai kebiliknya yang nun jauh diatas bukit. Seketika berhenti terduduk merasakan penat bukan kerana tangga, tapi kerana penat menguruskan rasa yang berlawanan sesama sendiri. Maka ego, emosional, sensitif dah jadi satu, sebati menjadi makanan yang merosakkan.

Sedangkan dia disisi yang lagi satu setia memujuk, supaya terus bertahan, menyuruh optimis dalam pelbagai keadaan. Redhalah diri kerana janji Allah itu pasti."Dan demi Tuhanmu, bersabarlah"[ 74:7], wahai yang dekat dengan'ku'-yakni aku.

dan diantara kedua- dua sisi itu, sungguh, dia mahu yang terbaik untuknya menang. Allah, terus bantu dia- aku.

______
*disetiap yang Allah hadirkan dalam hidup kita, ertinya ada bukan ? Redhalah Ridwana.Redha.

No comments: